Thursday, March 4, 2010

Kehadiran Orang Baru

Hari itu papa Aveera pulang awal daripada biasa. Papa membelikan banyak buah tangan dan toys untuk Zurieka. Zurieka begitu gembira kerana papa memang agak jarang - jarang berbuat demikian.
"Suka tak dengan toys yang papa beli?"


"Suka!!!lainkali papa beli lah lagi banyak - banyak"


"Okay...tapi sebelum papa beli banyak - banyak toys untuk Eera, papa mahu Eera berkenalan dengan seseorang.."


"Siapa? Auntie Martha? Eera sudah kenal dia"


"Bukan Auntie Martha, yang ini auntie lain. Mahu kenal?"


Aveera yang baru berusia 4 tahun cuma tersenyum. Baginya sesiapa saja yang datang bersama papanya pasti akan memberikan hadiah ataupun permainan untuknya. Eera mengangguk - angguk. Papa membawa Eera ke depan. Di ruang tamu kelihatan neneknya sedang berbual - bual dengan seseorang.


"Fina, kenalkan, ini anak perempuan saya, Aveera, Eera, mari salam dengan Auntie Rufina"


Mereka bersalaman.


"Hi Auntie, apa khabar?"


Auntie Rufina cuma tersenyum. Tiada siapa yang menyangka senyuman itu mampu mengubah seluruh hidup Aveera.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehadiran Auntie Rufina (Fina) di rumah mereka mengubah sedikit sebanyak keadaan di rumah tersebut. Walaupun Auntie Fina tidur di bilik berasingan dengan papa, tetapi  Aveera dapat merasakan yang Auntie Fina akan tinggal selamanya di rumah mereka. Dia dapat merasakan bahawa Auntie Fina dan papa mempunyai satu hubungan yang sangat rapat.


"Mak, kenapa Auntie Fina selalu datang rumah?"
Tanya Eera pada nenek satu hari.


"Dia kan kawan papa kamu"
Jawab Mak pendek.


"Tapi kawan papa yang lain tidak tidur di rumah pun?"
Tanya Eera lagi.


"Kan dia datang tengok-tengokkan Eera, Eera tak suka?"
Mak menjawab acuh  tak acuh.


Jawapan itu sedikit sebanyak menghilangkan persoalan di hati Eera. Bukannya dia tidak suka tetapi dia merasakan papa tidak lagi begitu memperdulikannya. Di mana ada papa, pasti ada Auntie Fina. Setiap kali Eera cuba untuk bermanja - manja dengan papa, pasti Auntie Fina akan menunjukkan riak muka kurang senang. Walaupun Eera baru berusia 4 tahun, dia juga tahu bagaimana rasanya jika kehadirannya di antara mereka tidak diingini.

-Just trying to write. sudah lama tidak menulis til otak pun berkarat sudah...-