Monday, July 25, 2011

Hidup: Satu realiti

** entry ini bukan sambungan kepada 2 chapter story yang tergendala hampir setahun, akan tetapi berdasarkan pengalaman dalam kehidupan**

Rasa lama sekali tidak menulis ebarang entri di blog ini. bukan mengabaikan, akan tetapi oleh kerana penulis mengalami 'kesekatan minda kreatif', maka dengan itu, blog ini berhabuk tebal tidak terusik. Namun hari ini, penulis ingin berkongsi satu entri, yang mana mungkin ada di antara readers yang mengalaminya.

Stepmother.Stepfather.Step-siblings.Step-relatives. Keluarga tiri. Terhasil apabila ibu atau bapa kita berkahwin lain selain dari ibu atau bapa kandung kita. Kita sering mendengar, mereka akan menyayangi dan menerima kita seadanya bagaikan anak sendiri. Bolehkah kita mengandalkan kepada kata-kata manis seperti ini? Sebagai seorang suami atau isteri kepada pasangan baru mereka ini, mereka begitu berharap agar pasangan mereka akan melayan anak-anak sama seperti mereka melayan si suami atau si isteri. Dengan penuh kemesraan, penuh kasih sayang.

Ia ada ke-bullshit-an yang tersendiri.

Jika itu benar, kenapa begitu ramai yang trauma dengan istilah tiri ini? kenapa cerita-cerita dongeng banyak memberikan imej yang jahat kepada golongan tiri ini? seperti dalam cerita dongeng Cinderella, atau Laila Manja, ibu tiri dan saudara-saudar tiri digambarkan sebagai kejam dan tidak berhati perut.

Hm...bagi mereka yang bergelar ibu/bapa/saudara tiri ini, layanan yang mereka berikan tidak bermaksud untuk berbuat kejam, akan tetapi kerana mereka kelihatan seperti tidak dapat menerima hakikat yang mereka sebenarnya tidak mahu dengan 'pakej extra' perkahwinan mereka. Duda anak 1, janda anak 2... Kalau boleh, mereka tidak mahu kasih sayang pasangan mereka itu berbelah bagi. Mereka mengimpikan hidup baru akan tetapi kehadiran si anak hasil dari lelaki atau perempuan lain sebelum mereka menyebabkan mereka rasa tergugat. Rasa tidak disayangi. maklumlah, baru berkahwin, masih mahu ada romantis-romantisnya dalam perhubungan.Seperti pengantin baru.

Nah. maka apabila cemburu akan kasih sayang si ayah atau si ibu terhadap anaknya, terjadilah perkara-perkara marah tak tentu hala, pukul memukul tak kena pada tempatnya malah fitnah-fitnah yang juga akhirnya membuatkan anak dan ibu/ayah kandungnya jadi tidak sehaluan.Lebih-lebih lagi jika si suami atau si isteri sangat-sangat sayangkan pasangan barunya. Ikutlah telunjuk dorang. Anak-anak tak salah pun jadi salah juga.tidak di soal siasat kebenarannya. Walaupun dia tahu anaknya tidak bersalah, dia hanya berdiam diri. Sayang sangat.

Then ada anak sendiri, hasil dari perkahwinan tersebut.Maka ada pula adik beradik tiri. Ini lagi teruk. Akan wujud pilih kasih. Kalau dulu dibelikan baju baru, sekarang tidak lagi. adik-adik saja yang boleh. besar sikit, si anak tiri mahu dibelikan komputer, ayah mak tak bagi.alasan, tak ada duit. Adik baru masuk U semester satu,nak kereta,komputer riba, boleh!! berhutang,bergadai...asal kemahuan anak terpenuhi. hm...Sekolah anak cemerlang...malangnya orang lain saja yang tahu, ayah mak buat derk..anak sendiri walau tak sepandai mana, dicanang pelusuk dunia...Yang lagi menyayat hati bila anak dicabul oleh si ayah tiri...sungguh tak berperikemanusiaan!

hakikat...walau sebaik mana pun si anak tiri itu, walau mencuba untuk menjadi yang terbaik, akan tidak pernah cukup bagi mereka. mesti ada yang kurang. Tapi jika anak sendiri? kita akan dengar istilah 'nobody is perfect' so what happen to the unperfect child earlier?Belum tahu lagi anak yang ditatang bagai minyak penuh dalam gelen diesel shell itu akan menjadi anak yang mengenang budi later...kalau jadi anak derhaka? Apakan daya, gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak..agaknya mata pakai mikroskop...gajah memang tak nampak..besar bangat.

Harapan penulis kepada ibu/ayah tiri di luar sana,kotakanlah janji kalian ketika baru berkenalan dengan pasangan kalian..sanggup terima satu pakej kononnya kan...?Dan kepada mereka yang bercadang mahu berkahwin dengan mak janda pak duda yang dah ada free gift skali tu, fikir-fikirlah sebaik-baiknya. Kalau tak mampu memberikan kasih sayang sepenuhnya, yang tak berbelah bagi, 'bagai anak sendiri', maka janganlah teruskan niat kalian. Sebab kalian nescaya menjadi seorang yang mungkir pada janji. Alhamdulillah pada yang memang penyayang,teruskan nilai murni, niat baik korang tu.

Salam.

Thursday, April 22, 2010

Papa Kahwin Lagi

Eera tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya hari ini. Dia tidak tahu sama ada dia harus gembira atau bersedih. Dia keliru dengan apa yang berlaku. Bagi Eera, suasana sedemikian jarang - jarang dia alami.

"Eera, if Auntie Fina jadi mama Eera, Eera suka tak?"

"Macam mana dia boleh jadi mama Eera? Kan Eera ada mama? Walaupun mama tak ada di sini, Eera tau, mama masih tengok - tengok kan Eera dari atas Heaven sana..."

"Papa tau, tapi mama cuma boleh tengok dari jauh, mama tak dapat tolong Eera. Kan kalau Auntie Fina ada, dia selalu boleh dekat dengan Eera, boleh jagakan Eera bila papa out-station...temankan Eera tidur.."

"Mak kan ada...Mak boleh jaga Eera..kalau papa Out-station, Mak boleh temankan Eera tidur"

"Tapi kalau Auntie Fina ada, lagi bagus kan...? Mak kan dah tua, bagilah dia rehat-rehat, Auntie Fina boleh buat semua kerja dalam rumah nie, Mak boleh lah rehat -rehat..."

Eera masih kebingungan. Namun ternyata papa tidaklah mengambil kira kebingungan Eera dan hari ini, papa dan Auntie Fina berkahwin. Gembira? Mungkin. Ada banyak hadiah di atas meja. Eera tidak sabar untuk membuka hadiah-hadiah tersebut. Siapa tahu ada banyak hadiah untuk dirinya. Sedih? Sedikit. Terkilan juga kerana hari ini, sejak dari semalam, papa belum memberikan ciuman untuknya. Biasanya, sebelum tidur, papa akan mencium dahinya dan akan menunggu sehingga Eera terlelap, atau sehingga dia memikirkan yang Eera sudah terlelap. Dan pagi tadi, Eera sedikit kecewa kerana papa menyuruhnya mengikut Mak bersiap dan mengingatkan supaya Eera berkelakuan baik sepanjang hari ini.

" Hari ni hari penting tau..Eera akan dapat mama baru..jadi Eera kena jadi good girl.. boleh darling papa?"

"Mama tak marah papa kahwin lagi kah?"

"Eh..Mama mana marah..tentu dia suka, sebab akhirnya ada orang yang akan jaga Eera..mama tentu gembira"

"Jadi papa tak sayang mama lagi lah?"

"Sayang...tapi papa pun sayang Auntie Fina juga.. Oya..mula dari hari ni, kena panggil auntie Fina 'mama' tau.."

" Eh! mana boleh papa...dia bukan mama Eera..how come dia jadi mama Eera pula? Tak mahu lah pa.."

"Hm..suka hati Eera lah...okey lah sayang..majlis dah nak mula..pergi dekat Mak and jangan nakal-nakal"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis perkahwinan papa dan Auntie Fina akhirnya selesai juga. Eera tidak sabar-sabar untuk ke tempat papanya semula kerana seharian dia hanya dapat melihat papanya bersanding di atas pelamin dari jauh. Eera terpaksa membantu Mak melayan tetamu yang datang.

"Papa!papa...! Marilah kita buka present...banyak tau..."

Papa cuma mengelengkan kepala. Mencium dahi Eera, dia mengucapkan selamat malam sambil memaut pinggang Mama Fina ke dalam bilik.

"Esok sajalah sayang ya...nite..papa dan mama Fina nak berehat...malam ni kalau takut nak tidur.. minta Mak temankan..takpun Eera tidur dengan Mak..okey sayang?"

Eera cuma mengangguk. Akur. Dan sesungguhnya, Eera tidak tahu bahawa di situlah detik permulaannya hubungan dia dan papanya renggang..

Thursday, March 4, 2010

Kehadiran Orang Baru

Hari itu papa Aveera pulang awal daripada biasa. Papa membelikan banyak buah tangan dan toys untuk Zurieka. Zurieka begitu gembira kerana papa memang agak jarang - jarang berbuat demikian.
"Suka tak dengan toys yang papa beli?"


"Suka!!!lainkali papa beli lah lagi banyak - banyak"


"Okay...tapi sebelum papa beli banyak - banyak toys untuk Eera, papa mahu Eera berkenalan dengan seseorang.."


"Siapa? Auntie Martha? Eera sudah kenal dia"


"Bukan Auntie Martha, yang ini auntie lain. Mahu kenal?"


Aveera yang baru berusia 4 tahun cuma tersenyum. Baginya sesiapa saja yang datang bersama papanya pasti akan memberikan hadiah ataupun permainan untuknya. Eera mengangguk - angguk. Papa membawa Eera ke depan. Di ruang tamu kelihatan neneknya sedang berbual - bual dengan seseorang.


"Fina, kenalkan, ini anak perempuan saya, Aveera, Eera, mari salam dengan Auntie Rufina"


Mereka bersalaman.


"Hi Auntie, apa khabar?"


Auntie Rufina cuma tersenyum. Tiada siapa yang menyangka senyuman itu mampu mengubah seluruh hidup Aveera.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehadiran Auntie Rufina (Fina) di rumah mereka mengubah sedikit sebanyak keadaan di rumah tersebut. Walaupun Auntie Fina tidur di bilik berasingan dengan papa, tetapi  Aveera dapat merasakan yang Auntie Fina akan tinggal selamanya di rumah mereka. Dia dapat merasakan bahawa Auntie Fina dan papa mempunyai satu hubungan yang sangat rapat.


"Mak, kenapa Auntie Fina selalu datang rumah?"
Tanya Eera pada nenek satu hari.


"Dia kan kawan papa kamu"
Jawab Mak pendek.


"Tapi kawan papa yang lain tidak tidur di rumah pun?"
Tanya Eera lagi.


"Kan dia datang tengok-tengokkan Eera, Eera tak suka?"
Mak menjawab acuh  tak acuh.


Jawapan itu sedikit sebanyak menghilangkan persoalan di hati Eera. Bukannya dia tidak suka tetapi dia merasakan papa tidak lagi begitu memperdulikannya. Di mana ada papa, pasti ada Auntie Fina. Setiap kali Eera cuba untuk bermanja - manja dengan papa, pasti Auntie Fina akan menunjukkan riak muka kurang senang. Walaupun Eera baru berusia 4 tahun, dia juga tahu bagaimana rasanya jika kehadirannya di antara mereka tidak diingini.

-Just trying to write. sudah lama tidak menulis til otak pun berkarat sudah...-