Thursday, April 22, 2010

Papa Kahwin Lagi

Eera tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya hari ini. Dia tidak tahu sama ada dia harus gembira atau bersedih. Dia keliru dengan apa yang berlaku. Bagi Eera, suasana sedemikian jarang - jarang dia alami.

"Eera, if Auntie Fina jadi mama Eera, Eera suka tak?"

"Macam mana dia boleh jadi mama Eera? Kan Eera ada mama? Walaupun mama tak ada di sini, Eera tau, mama masih tengok - tengok kan Eera dari atas Heaven sana..."

"Papa tau, tapi mama cuma boleh tengok dari jauh, mama tak dapat tolong Eera. Kan kalau Auntie Fina ada, dia selalu boleh dekat dengan Eera, boleh jagakan Eera bila papa out-station...temankan Eera tidur.."

"Mak kan ada...Mak boleh jaga Eera..kalau papa Out-station, Mak boleh temankan Eera tidur"

"Tapi kalau Auntie Fina ada, lagi bagus kan...? Mak kan dah tua, bagilah dia rehat-rehat, Auntie Fina boleh buat semua kerja dalam rumah nie, Mak boleh lah rehat -rehat..."

Eera masih kebingungan. Namun ternyata papa tidaklah mengambil kira kebingungan Eera dan hari ini, papa dan Auntie Fina berkahwin. Gembira? Mungkin. Ada banyak hadiah di atas meja. Eera tidak sabar untuk membuka hadiah-hadiah tersebut. Siapa tahu ada banyak hadiah untuk dirinya. Sedih? Sedikit. Terkilan juga kerana hari ini, sejak dari semalam, papa belum memberikan ciuman untuknya. Biasanya, sebelum tidur, papa akan mencium dahinya dan akan menunggu sehingga Eera terlelap, atau sehingga dia memikirkan yang Eera sudah terlelap. Dan pagi tadi, Eera sedikit kecewa kerana papa menyuruhnya mengikut Mak bersiap dan mengingatkan supaya Eera berkelakuan baik sepanjang hari ini.

" Hari ni hari penting tau..Eera akan dapat mama baru..jadi Eera kena jadi good girl.. boleh darling papa?"

"Mama tak marah papa kahwin lagi kah?"

"Eh..Mama mana marah..tentu dia suka, sebab akhirnya ada orang yang akan jaga Eera..mama tentu gembira"

"Jadi papa tak sayang mama lagi lah?"

"Sayang...tapi papa pun sayang Auntie Fina juga.. Oya..mula dari hari ni, kena panggil auntie Fina 'mama' tau.."

" Eh! mana boleh papa...dia bukan mama Eera..how come dia jadi mama Eera pula? Tak mahu lah pa.."

"Hm..suka hati Eera lah...okey lah sayang..majlis dah nak mula..pergi dekat Mak and jangan nakal-nakal"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis perkahwinan papa dan Auntie Fina akhirnya selesai juga. Eera tidak sabar-sabar untuk ke tempat papanya semula kerana seharian dia hanya dapat melihat papanya bersanding di atas pelamin dari jauh. Eera terpaksa membantu Mak melayan tetamu yang datang.

"Papa!papa...! Marilah kita buka present...banyak tau..."

Papa cuma mengelengkan kepala. Mencium dahi Eera, dia mengucapkan selamat malam sambil memaut pinggang Mama Fina ke dalam bilik.

"Esok sajalah sayang ya...nite..papa dan mama Fina nak berehat...malam ni kalau takut nak tidur.. minta Mak temankan..takpun Eera tidur dengan Mak..okey sayang?"

Eera cuma mengangguk. Akur. Dan sesungguhnya, Eera tidak tahu bahawa di situlah detik permulaannya hubungan dia dan papanya renggang..

1 comment: